Daily Archives: December 16, 2013

Media

Media merupakan satu keadah komunikasi yang dapat dicapai oleh kebanyakkan orang sama ada media elektronik atau media masa.  Antara media elektronik yang terdapat di Malaysia adalah RTM, TV3, NTV7, TV9 dan AStro.  Manakala media masa adalah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Harakah dan lain-lain lagi.  Media-media ini akan menyajikan pelbagai berita, informasi dan kandungan untuk tatapan pembaca. Berita berita yang disajikan ini ada dalam pelbagai perisa dan warna.  Bagi peminat media masa tersebut, berita yang disajikan akan berperisa lemak dan manis.  Bagi bukan peminat pula, berita tersebut akan berperisa masam dan pahit seperti hempedu.  Begitulah hakikat kehidupan.  Apa yang kita suka itu adalah indah dan menawan manakala apa yang kita tidak suka maka, marah dan benci.

Walauapapun perisanya, kita sebagai pengguna media masa harus berfikiran rasional dan terbuka.  Maklumat yang disajikan di media-madia social haruslah difikirkan dengan baik dan janganlah diterima dengan bulat-bulat.  Terdapat kadangkala maklumat yang disajikan tersebut tidak ditutup dengan tudung saji sebelum dihidangkan, maka terdapat lalat dan langau akan bertelur dan seterusnya terdapat ulat-ulat yang akan menetas dalam maklumat tersebut.  Oleh itu, pengguna haruslah jangan terlalu fanatik terhadap media masa yang mereka gemari.  Pengguna haruslah menggunakan akal fikiran yang waras dalam menilai sesuatu berita tersebut. tv

Begitulah peranan media dalam kehidupan manusia.   Media telah digunakan sebagai propaganda untuk meyampaikan maklumat kepada pengguna.  Tulisan-tulisan di media masa adalah lebih tajam daripada mata pedang dan akan dikarang sebegitu rupa untuk mempengaruhi pemikiran seseorang.  Tulisan-tulisan di media akan menyebelahi pihak yang disokong oleh media tersebut.  Sekiranya media tersebut dapat di akses oleh ramai pengguna, maka ia akan member kelebihan kepada pihak tersebut.  Pengguna-pengguna akan disajikan dengan berita kehebatan dan keperwiraan pihak tersebut.

Oleh itu, sebagai individu yang bijaksana, segala maklumat yang diperolehi hendaklah difikirkan dengan sewajarnya.  Janganlah tepuk dada tanya selera.  Ini kerana selera kita akan menentukan corak pemikiran kita.  Mengikut selera bermakna kita hanya akan mem ikirkan benda-benda yang sedap-sedap sahaja dan akan meninggalkan benda-benda yang tak sedap.  Kita harus ingat bahawa tak semua yang sedap itu berkahsiat untuk kita.

harakahsuratkhabar2

Pengguna berhak memilih bentuk media yang mereka suka sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan maklumat terkini.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Malaysia Bumi Bertuah

Malaysia merupakan sebuah Negara yang merdeka dan kaya dengan sumber alam kurniaan Allah S.W.T.  Allah tidak pernah mengenakan sebarang bayaran kepada sumber alam yang telah dikurniakan-Nya.  Sumber alam yang dikurniakan juga tidak putus sehingga sekarang.  Maka rakyat Malaysia haruslah bersyukur dan  haruslah berterima kasih kepada Allah atas kurniaan ini. oil

Sumber alam ini haruslah diuruskan oleh pihak-pihak yang berkenaan dengan sempurna dan amanah.  Sumber alam ini merupakan amanah yang berat untuk diuruskan.

Pentadbir-pentadbir kepada sumber alam ini haruslah amanah terhadap tugas yang diberikan.  Ini kerana sumber alam tersebut merupakan hak kepada seluruh rakyat Malaysia.  Pihak-pihak pentadbir ini juga berperanan untuk menguruskan sumber-sumber alam ini secara lestari.  Ini bagi memastikan sumber-sumber alam ini dapat dinikmati oleh generasi-generasi yang akan datang.  Janganlah ada ketamakan terhadap hasil bumi ini oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

logging

Hasil bumi ini juga haruslah digunakan untuk memakmurkan rakyat jelata.  Tidak semua orang dapat menikmati hasil daripada sumber bumi ini secara langsung seperti bekerja dengan syarikat yang mendapat konsesi untuk mengeluarkan hasil ini.  Pembangunan haruslah dibuat bagi memajukan negara tetapi pembangunan yang dibuat haruslah tidak meminggirkan sesetengah rakyat jelata.  Ada rakyat jelata yang masih tinggal di pondak berlantaikan tanah dan berdindingkan buluh anyam.  Mereka ini tidak dapat merasai pembangun yang dibuat disebabkan faktor kemiskinan.  Dah la miskin, tidak diendahkan oleh pihak berwajib pula.

Kemudahan infrastruktur juga haruslah sempurna.  Rakyat sepatutnya menikmati kemudahan infrastruktur seperti  lebuh raya, jalan raya dan sebagainya secara percuma atau pada kos yang minimum.   Kemudahan infrastruktur selalunya digunakan oleh kebanyakkan rakyat.  Sekiranya kemudahan infrastruktur dapat disediakan secara percuma , maka rakyat dapat juga merasai   hasil bumi Malaysia secara tidak langsung.

palm oil

Kenapa pada masa sekarang hanya hujan yang turun di Malaysia? Kenapa tidak berlaku kepada yang lain; asyik naik,naik,naik aje!

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Umno Youth Disagree With Wahid on Toll Hike, Says Remarks Insensitve

(Source:   The Malaysian Insider By Muzliza Mustafa Dated 16/12/2013)

toll

The Umno Youth have criticized Datuk Seri Abdul Wahid Omar for telling road users to use other routes if they are upset with proposed highway toll hikes, saying his remarks were insensitive.

The proposed toll hike for 13 highways, mostly in Selangor, come at the back of possible public transport fare increase, a 15% rise in electricity tariffs and higher assessment rates for Kuala Lumpur properties, fuelling anger among working Malaysians.

toll2

“We do not agree with what he said.  He should be more careful with what he said. His Statement just showed that he  was being insensitive towards the rakyat’s need.” Umno Youth Deputy Chief, Khairul Azwan Harun said at the party headquarters in Kuala Lumpur today.

“It is up to the rakyat to choose and not telling the rakyat what what they should choose.” he added.

toll3

(Berita lanjut: klik di sini)

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Malaysia Linked to World’s Largest Money Laundering Scheme, NYT report

(Sumber: The Malaysian Insider Dated 29/05/2013)

moneylaundring3

Unlicensed money exchangers in Malaysia had aided the operators of a global currency exchange that ran USD6 billion (RM18.33 billion) money-laundering operation online, a hub for criminals peddling in everything from stolen identities to child pornography, The New Times (NYT) reported.

The currency exchange called Liberty Reserve is believe to be the world’s largest cyber money-laundring case and was based in the United States but operated well beyond the country’s borders as well as traditional international banking regulations, providing easy and anonymous cover increasingly sought by criminals to fund their activities, the widely-read daily reported, citing American law enforcement officers.

Liberty Reserve was responsible for laundering billions of dollar over the past seven years, conducting 55 million transactions that involved millions of customers around the world, including about 200,000 in the United States, according to US federal prosecutors who were reported to have announced the charges against the currency exchange in Manhattan yesterday.

moneylaundring

(Artikel Penuh: Sila Klik  Di Sini)

(Global Financial Integrity (GFI) Report)

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Dasar Pecah dan Perintah

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

divide
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba – tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

 Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

 divide2

Orang Melayu masih jauh lagi untuk menguasai ekonomi Malaysia.  Orang Melayu telah ketinggalan dalam banyak perkara daripada kaum-kaum lain.  Perkara ini berlaku disebabkan oleh dasar penjajah yang mahu melihat orang Melayu berada pada takuk yang sama.  Orang Melayu sebenarnya boleh berjaya dengan cemerlang dalam perniagaan.  Mereka perlu diberi peluang dan peluang ini hendaklah diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.  Peluang yang diberikan hendaklah terbuka kepada semua tanpa mengira ideologi, parti politik dan demografi.  Pemimpin yang ada haruslah memainkan peranannya supaya orang Melayu tidak lagi dijajah walaupun zaman penjajahan telah berlalu lebih daripada 50 tahun.  Lihatlah kepada penyebab kenapa peluang perniagaan amat sedikit boleh diceburi oleh orang Melayu.  Pemimpin yang ikhlas dapat menjamin kelangsungan Bangsa Melayu.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

AES: Siapa Tanggung Kosnya Sekarang?

Oleh : A Kadir Jasin

 AES AES2

OPERASI dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada.

 

Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150.

 

Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit?

 

 Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka?

 

Atau apakah PDRM ambil alih daripada JPJ tetapi dua syarikat itu masih mendapat potongan saman yang dibayar oleh pemilik kenderaan?

 

Pastinya tentu bukan ambil alih begitu saja. Apatah lagi dua syarikat terlibat itu dikaitkan dengan seorang budak Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang dikatakan sangat berpengaruh.

 

Silap-silap lagi menguntungkan mereka. Kalau dulu kena tunggu pemandu bayar saman baru dapat “cut” (habuan) mereka, kini mereka mungkin telah dibayar “lump sum” apa yang mereka belanjakan campur “lost of future income” sekali.

 

Kalau belum dijelaskan, tolonglah jelaskan. Ini duit rakyat dan operasinya libatkan rakyat. Jangan lupa ikrar janji ditepati.

 

Boleh jadi juga, operasi dipindahkan daripada JPJ kepada PDRM tapi perjanjian tak berubah – maksudnya walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Tapi tak masuk akal sebab jumlah kompaun telah dikurangkan separuh. Wallahualam.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Lagi Projek Mengkayakan Orang Melayu

 (Sumber: Artikel Asal Boleh Dibaca Di Sini)

Lagi satu projek untuk memperdayakan orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.

Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain pasca DEB1.

Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor2 UMNO? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?

Adakah latihan melalui giat MARA, IKBN dan sekolah serta kolej vokesyenal tidak mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak  menepati citarasa dan permintaan pasaran.

Kita tumpukan perhatian kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah.

Kerana kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat strateji UMNO.

Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya penting untuk membentuk system ganjaran atau reward system yang betul. Se2orang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan. Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkan nya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran, latihan yang setimpal.

duit Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan. Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian re-skilling dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.

Beri kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat re-skilling dan pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing2?

Dengan pemerkasaan datang tanggung jawab. Tenaga pengajar dan pimpinan institusi latihan yang gagal menghasilkan graduan yang marketable mesti diberhentikan. Ini untuk mempertanggunjawabkan mereka keatas kualiti latihan yang diberi kepada pelajar.

Dalam konteks ini saya hairan mengapa pimpinan pengajar yang gagal meningkatkan ranking university kita masih kekal dalam jawatan masing2? Tenure mereka mesti ditamatkan serta merta. Tak habis2 kita diberikan alasan itu dan ini menjustifikasikan penurunan kualiti pengajaran university dan kolej. VC UITM berkata dia tidak khuatir dengan kejatuhan ranking UITM- kenapa orang macam ini masih dikekalkan sebagai VC UITM?

Ingat- pembelian kerajaan adalah satu punca terbesar rasuah dan songlap. Giat MARA di Raub hanya menghasilkan tukang jahit. Kompleks sukan rakan muda di Raub terlalu teruk tidak terdaya melahirkan pemudi dan pemuda Melayu tahan lasak. Sedangkan berjuta sudah dibelanjakan.

Sebab besar kemungkinan yang akan dapat keuntungan dari projek pemerkasaan ekonomi Bumi ini ialah kelompok Melayu istimewa. Melayu istmewa ini orang atasan, bangsawan, putera2 atasan dan bangsawan dan pegawai2 tinggi dalam sector awam dan swasta. Pegawai2 GLC pun sama sebab mereka pemegang banyak keistimewaan dan monopoli.

Ianya sudah terjadi dalam DEB1. Tidak mustahil ianya tidak diulangi. Rasuah dan ambil kesempatan daripada kuasa menjadi jadi.

Tidak ada pun pemimpin UMNO yang bercakap mengenai punca kemajuan yang paling penting- iaitu kepimpinan yang baik. Asas atau foundataion sebuah kerajaan yang baik ialah para pemimpin yang ada kemampuan minda, disiplin, jujur amanah dan dedikasi dan komited sepenuhnya terhadap mencapai matlamat kemasyarakatan. Kalau jenis ini dibayar gaji yang tinggi setanding dengan yang diperolehi oleh sektor swasta, rasuah dapat dikurangkan. urusan kerajaan akan jadi baik hanya dengan pimpinan yang baik. Tidak ada pun pemimpin UMNO berani bercakap untuk memodenkan kepemimpinan masyarakat Melayu.

Cara masyarakat Melayu distrukturkan pun meletakkan Melayu pada disadvantage. Maka tidak menghairankan jika ada bangsa lain menyifatkan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang dysfunctional.

Ketua kampong ramai yang bermutu rendah. Dan saya cakap bukan mahu merendahkan sesiapa tapi memberitahu pengamatan dan pengalaman saya yang datang dari keinginan melihat bangsa saya maju. Soal saya beroperasi atas landasan politik bukan isiu yang terlalu penting selagi saya ada peluang untuk berkhdmat kepada rakyat.

Bagaimana kampung2 mahu disuntik dengan kesegaran dan idea baik jika ketua kampong dari kalangan jaga bank, tukang kebun sekolah, mereka yang memegang dua kerja pada masa yang sama dan sebagainya? Lebih dasyat jika ketua kampong dipilih kerana dia kaki buli dan pengacau kampong. Sebaik sahaja orang Melayu berkompromi keatas ciri2 kepemimpinan yang baik, masyarakat Melayu sudah pun terletak pada trajectory mediocrity.

Semasa dalam UMNO dahulu saya menyarankan jawatan ketua kampong diisi dengan pegawai kerajaan sepenuh masa yang sekurang kurang nya ada diploma. Mereka akan duduk dalam kampong dan mentadbir satu rangakaian atau cluster  3-4 buah kampung. Jawatan penghulu2 pula dipenuhi dengan graduates kerana kita andaikan mereka ada kapasiti untuk berfikir dengan lebih teliti. Semua ketua kampong dan penghulu adalah pegawai kerajaan sepenuh masa bertanggung jawab kepada pegawai daerah. Ini akan mengurang politik ketua kampong dan penghulu dan menyelamatkan masyarakat Melayu dari berpecah belah.

Tapi pemimpin UMNO tdiak mahu ini semua- mereka mahukan ketua kampong mereka pilih supaya menjaga kepentingan politik mereka. Demikaian juga dengan jawatan penghulu.  penghulu sebetulnya saki baki pemerintahan feudal.  Kenapa pentadbiran orang Melayu peringkat kampong dan mukim susah mahu dimodenkan? Kenapa kekalkan Melayu tinggal dalam rejim fiudal dan separuh feudal?

Kerana itu saya beranggapan kuasa UMNO diasaskan pada landasan (1) mengekalkan Melayu dalam kejahilan (2) mengekalkan Melayu dalam kemiskinan dan (3) merasuah dan membeli kesetiaan Melayu (4) menanamkan rasa siege atau terancam dalam minda Melayu.

Janganlah hendak nya memuji dan memuja berlebihan. Rakyat Malaysia bukannya berperang kerana wang dan klas. Belum pun sempat dakwat kering, Perkasa sudah meminta 1400 billion dibelanjakan untuk Bumiputera. Darimana wang tersebut datang? Kepada siapa dan siapa yang belanjakan? Yang 31bilion tu pun entah mana akan dicungkil dan dipokah. Ianya akan mematahkan tulang belakang system perbankan negara ini. Bagaimana pembeli membiayai ASB2? Mungkin 90% akan dibiayai oleh bank dan system bank akan terpaksa mencipta kredit line sebanyak RM1.8 billion lagi?

Mati negara ini ditadbir oleh Najib. Langkah2 populist yang Najib ambil ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan bukan mengurangkan perbelanjaan. Untuk mengaburi mata rakyat, kita disuruh berdiskusi mengenai rasionalisasi sabsidi sedangkan punca perbelanjaan yang lebih teruk adalah ditempat2 lain.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

On Tax Evaders and Traitors

(Artikel ini dipetik daripada Blog ini)

The reason why the government lacks money is because they overspent indiscriminately like there’s no tomorrow. They have violated the cardinal rule of financial prudence- spend within your means. The government earns less than its spending so their finance is always in deficit.In the meantime, they have not address the issue of leakages and corruption.

Overall the economy is growing, only faster or slower. The economy as a whole is growing and healthy. Wealth is created in the estates, shop and factory floors, in corporate boardrooms, through commerce etc. Only government finances and the way it conducts its business is not healthy.

The issue then is- we don’t have a revenue problem, we have a government spending problem. As long as the economy is healthy, the government will earn a portion as legitimate revenue. What it does with this portion, is the issue. How it manages it. The truth is slowly emerging now- GST is another source of government revenue. It is efficient in terms of extracting the maximum from the public.

We worry how will this government handle that little extra. We can’t go by its record and we can’t go by the record of this PM who fails as a finance minister. He who simply misses the point when responding by saying don’t expect us to use candles to entertain dignitaries, when faced with criticisms about his electricity bill of RM73, 000 a day.

Public debt has increased tremendously under Najib’s stewardship of the economy. He is equally spindrift as the missus is.

 I will be happy to instruct the PM how to catch out the tax evaders. If he doesn’t have time, I will be equally happy to tell the 3.8 CGPA graduate in the person of the deputy finance minister, who are the tax evaders and therefore traitors.  Why make the big fuss and create unnecessary tension among people?

 The biggest tax evaders and therefore traitors must be the biggest tax payers since they are the groups most interested to hold back paying taxes. The answer is to identify who are the biggest taxpayers and the rich who the government has not taxed. What about the operators of the black economy- the illegal gambling and lotteries? What about the biggest operator of one armed bandits who before the GE organized one of the largest gatherings for Najib in Klang? What about the top flight bankers who earned millions in stock manipulations? What about those who do the Air Asia thing of collecting what’s due to the government upfront but refuse to hand over to the government excusing the delay to some thought out dispute?.

They have the resources to evade taxes. The common people don’t have the resources and resourcefulness, tax advisers, tax lawyers, tax accountants at their disposal.  The biggest traitors must come from the ranks of business cronies, and the rent seekers, the 5% who controls 40% of the nation’s income.

Don’t start shooting off our mouths suggesting the common people are the enemy and traitors. The ordinary income tax paper pays whatever is taxable off him because most of them pay as you earn. They can only pay out of the income they legally earn. The people who don’t pay taxes are those who earn over and above their declared income- those who earn money on the side by skimming off government purchases, companies that spend on themselves as expenses to avoid handing everything to the government, bankers who make tons of money who don’t pay taxes, rent seekers who earn a lot but don’t pay taxes. Arrest them first and strip them off citizenship. Don’t care from which race. A Malay traitor is the same as a Chinese traitor and Indian traitor.

Where does the government get its revenue? Well, they get it mainly from 4 main sources- tax revenue, non-tax revenue, non-revenue receipts and revenue from federal territories. So, if government revenue is not sufficient, the leakages must come from either one of these sources. The typical breakdown is 73% of government revenue comes from tax revenue,25% from non-tax revenue and the balance 2% from non-revenue receipts and federal revenue receipts. But still people are in the dark, what exactly are the sources of revenue.

Taxes are divided into direct and indirect taxes. Direct taxes include the taxes we pay personally on account of our income – personal income tax. Companies earn income and pay taxes- corporate or company tax. PETRONAS pays petroleum taxes. Finally there is the withholding and cooperative tax. In addition we pay stamp duties- duties paid on business transactions, agreements etc. we sell property, we pay a tax called real property gain tax. Finally we get direct taxes from the business activities in Labuan- since it’s an offshore banking centre we derive some tax revenue from there.  The indirect taxes on the other hand include export duties, import duties, sales tax, service tax and levies. So, the common man, the kampong man pays indirect taxes when they buy goods and services. Just because he doesn’t earn a taxable income level, does not mean he doesn’t pay any tax at all. He does not pay income tax but pays sales and services tax. If he owns a property within the jurisdiction of a local council he pays quit rent and if he owns land, he pays land taxes.

So if we want to catch out the tax evaders don’t go after the hapless common man- go after the business cronies, rent seekers, monopolists, licence holders, the illegal bookies, the corrupt and the thieves. These are the traitors, Malays, Chinese, Indians or whichever Malaysian groups they belonged.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Ibnu Haitam Bapa Teknologi Optik

Ibnu haitam

Ibnu Haitam

Ibnu Haitam atau namanya Abu Ali Hasan al-Haitam membuat banyak penemuan dalam bidang fizik dan optik yang bermanfaat untuk kehidupan manusia.  Di dunia Barat, beliau lebih dikenali dengan gelaran Alhazan  atau bapa optik.  Ibnu Haitam lahir di Basra, Iraq pada tahun 956.  Beliau terus giat menimba ilmu hingga menjadi ilmuwan terkenal.  Ibnu Haitam sempat menjawat jawatan sebagai pegawai pemerintah.  Namun, ia tidak betah kerana ingin mengembangkan pengatahuannya dalam bidang fizik, optik, matematik dan lainnya.

Ibnu Haitam berhenti daripada pekerjaannya.  Dia pergi ke Sepanyol, tempat yang dikenali sebagai peradaban ilmu pengetahuan Eropah pada masa tersebut.  Di sana, beliau tertarik mempelajari optik hingga namanya semakin dikenali.  Penemuan Haitam di bidang optik yang terkenak adalah “hukum reflaksi”.  Hukum tersebut merupakan hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut reflaksi dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk.

optik

Ibnu Haitam juga berhasil menemukan sebuah Teori Penglihatan Manusia.  Ia menolak teori Ptolemaeus dan Euclides yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran  cahaya yang keluar dari matanya.  Menurut Haitam, bukan mata yang memberikan cahaya justeru benda yang terlihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

optik2

Ibnu Haitam juga memberikan sumbangan besar bagi dunia ilmu  pengetahuan moden bukan hanya bidang optik tetapi juga astronomi.  Pendapatnya di bidang astronomi tentang lapisan atmosfera dan perkiraannya mengenai jarak matahari dengan benda-benda angkasa lainnya dipercayai mempercepatkan penemuan ilmuwan Barat tentang kosmologi moden.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Ibn Maskawaih Mendahului Teori Evolusi Darwin

Ibn Maskawaih

Ibn Maskawaih

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya bu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting.  Maskawaih merupakan saintis yang membincangkan tentang kejadian-kejadian alam dan ahli biologi.  Beliau merupakan saintis pertama yang mengkaji kehidupan dalam tumbuhan secara umum dan melakukan kajian terhadap misteri kehidupan dan menjelaskan mengenai evolusi pemikiran.

Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan pelbagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran tokoh-tokoh selepasnya.  Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan sahaja menjadi asas pemikiran kepada ilmuwan Islam yang lain seperti Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat.

Teori evolisiyang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku “Origin  of Species” mengenai kejadian dan asal-usul manusia.  Namun begitu, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan dianggap sebagai pelopor teori evolusi yang digunakan oleh sarjana dalam badang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat.  Padahal teoro evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam kajiannya mengenai peradaban manusia.

ibn maskawaih4

Menurutnya,  kecerdikan manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk tetapi manusia lebih cerdik kerana pengalaman yang diperolehi dalam hidup bermasyarakat.  Bagi Ibn Maskawaih, manusia ialah sebuah dunia kecil dan padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia.  Setiap manusia mempunyai peranannya tersendiri sama ada sebagai individu ataupun anggota masyarakat.  Baginya jiwa sesuatu yang dapat menerima dua perkara pada satu masa seperti keadaan hitam dan putih pada satu waktu dan beliau telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya Tahzib al-Akhlaq.  Berdasarkan kepada banyak kitab yang ditulisnya, maka ketokohannya sebagai ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.