Ibn Maskawaih Mendahului Teori Evolusi Darwin

Ibn Maskawaih

Ibn Maskawaih

Ibn Maskawaih atau nama sebenarnya bu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting.  Maskawaih merupakan saintis yang membincangkan tentang kejadian-kejadian alam dan ahli biologi.  Beliau merupakan saintis pertama yang mengkaji kehidupan dalam tumbuhan secara umum dan melakukan kajian terhadap misteri kehidupan dan menjelaskan mengenai evolusi pemikiran.

Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan pelbagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran tokoh-tokoh selepasnya.  Pandangannya mengenai manusia dan perkembangan masyarakat bukan sahaja menjadi asas pemikiran kepada ilmuwan Islam yang lain seperti Ibnu Khaldun dan Jamaluddin Al Rini tetapi juga para sarjana Barat.

Teori evolisiyang dikemukakannya telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Charles Darwin yang kemudiannya menerbitkan buku “Origin  of Species” mengenai kejadian dan asal-usul manusia.  Namun begitu, teori berkenaan telah menjadikan Darwin terkenal dan dianggap sebagai pelopor teori evolusi yang digunakan oleh sarjana dalam badang antropologi dan sosiologi dalam menghuraikan sejarah serta perjalanan manusia serta perkembangan masyarakat.  Padahal teoro evolusi telah lama digunakan oleh Ibn Maskawaih dalam kajiannya mengenai peradaban manusia.

ibn maskawaih4

Menurutnya,  kecerdikan manusia tidaklah mengatasi kepintaran yang dimiliki oleh beruk tetapi manusia lebih cerdik kerana pengalaman yang diperolehi dalam hidup bermasyarakat.  Bagi Ibn Maskawaih, manusia ialah sebuah dunia kecil dan padanya terdapat gambaran mengenai segala yang ada di dunia.  Setiap manusia mempunyai peranannya tersendiri sama ada sebagai individu ataupun anggota masyarakat.  Baginya jiwa sesuatu yang dapat menerima dua perkara pada satu masa seperti keadaan hitam dan putih pada satu waktu dan beliau telah mengemukakan teori akhlak dalam kitabnya Tahzib al-Akhlaq.  Berdasarkan kepada banyak kitab yang ditulisnya, maka ketokohannya sebagai ahli falsafah dan pengarang tidak dapat dinafikan.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a comment

Blog at WordPress.com.